Tuesday, October 4, 2011

TENGKU AHMAD HAMDANI

@ 2 days old-jaundis
23 sept 2011, jam 10.17 pm, di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu... baby ke 4 n hero no3 ini lahir 13 hari awal dr due, that should be on 5th okt... dgn tidak disangka2, hero ini nak tgk dunia awal. dgn berat 3.59kg, better bby keluar awal, if diperam lg dlm perut, may be his weight akan capai 4kg!!!fuhhh...ngeriiii...
aku apply cuti awal dr due...konon2nya nak rilek kat rumah sementara tunggu due 5 okt. so, disebabkan bdk upsr pun dah lepas, ujian OTI5 pun dh lepas, markah2 semua aku dah settle, nak la berehat kat rumah...tak perlu lg panjat tangga sekolah dgn termengah2, bawak perut lagi...
lagi aku konfiden sbb three kids previous, semuanya overdue. abe long lewat 3 hr, abe ngoh lewat 4 hari, nisa lewat 5 hari...so, dgn rileknya aku duk aim 10.10.2011...perghhh...
hari kamis (22sept) last day kat school, aku kemas2 meja, buang apa2 yg patut sbb meja mmg messy. dgn kertas2 ujian dll. buku rph, aku bawak blk rumah sbb still x complete dgn markah ujian, buku2 pun aku hajat nak angkut balik rumah hri ahad tu sbb tak sempat nak mark... dgn member2 pun tak sempat nak salam2 sbb aku cuma akan jumpa mereka next year... nok wak gane, cuti bersalinku sampai thn dpn..heheh...untung bersalin bulan 9, straight dgn cuti sekolah... sape2 nak cuti pjg, kena beranak tengah sept...hahahah...
ptg kamis, perut dah mula rasa tak sedap...sakit sikit2, bg aku, itu cuma braxton hicks... ala, bby mengeras dlm perut jerrr...pikir aku... mlm, sakit hilang dgn sendiri. pg jumaat, sakit perut start balik, sikit2 jer...tu pun aku kata, alaa bby duk mengeras je tuu.. tengahari jumaat, ada jiran ajak makan.naik rumah baru, aku dah tak larat nak pegi sbb bby asyik duk mengeras...tak sanggup dah nak jalan, so, hubby pergi dgn kids jer. aku masak spagetti jer.makan dgn nisa...byk jgk nisa makan... lps asar, sakit makin kerap, tp takde keluar tanda2 pun. aku n hubby standby brg2 bby, baju2 kids utk di export ke rumah neneknya.. 6pm, sakit main2 makin kerap. aku mention dkt hubby, lps maghrib, kita ke hospital..smayang maghrib, aku dah tak larat nak bangun, smayang duduk. lps maghrib, kami ke hospital..tinggalkan kids rumah MIL. sampai di hospital dlm 8.20pm. terus ke tingkat 1. mula2 aku intai, doktor laki ke pompuan, fuhhhh...lega, doktor pompuan...muda lagi... bila cek jalan, dah 7 cm!!! laaa, cepatnya, aku tak sakit teruk pun... dlm jam 9 mlm, lps settle proses pendaftran, aku dibawa ke labor room. masuk2 jer, aku di hidangkan dgn ada mummy tgh bleeding teruk, red alarm dah nyala dkt labor room. semua doktor meluru ke bed mummy yg tgh bleeding tu...aku lg la seram sejuk...betul2 sebelah bed aku!!! sakit makin terasa, tp aku dpt tahan... air ketuban masih tak keluar...sakit makin kerap. 9.30, mummy yg bleeding tu di bawa naik ke operation room... barulah suasana tenang..cuma aku je yg ada kat bilik bersalin 2.. jam 10, doktor pecahkan air ketuban, sakit makin kerap n semakin sakit..hubby masuk, bila air ketuban pecah jer, aku terus 'fully'... akhirnya, pd jam 10.17 mlm TENGKU AHMAD HAMDANI keluar menjengah duniaaa..Alhamdulillahh, smua selamat...sihat walafiat...Aminnn.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails